Tuesday 17 March 2015

Kumpulan Search

Search ialah sebuah kugiran muzik yang dikenali sebagai salah sebuah pelopor muzik rock dalam bidang muzik arus perdana Malaysia semenjak dekad 1980-an. Semenjak dibentuk pada tahun 1981, kugiran ini telah menghasilkan lebih 20 album studio yang terjual laris, berpuluh-puluh lagu yang disambut hangat di corong radio, puluhan lagi konsert yang sering terjual habis tiketnya, sepanjang sejarah mencecah tiga dekad dalam industri muzik Malaysia, menjadikan mereka antara kugiran rock yang terunggul di Malaysia sepanjang tahun 1980-an dan 1990-an, sebelum kegiatan mereka sedikit sebanyak merudum pada 2000-an.
Ketika diasaskan di Johor Bahru pada tahun 1981, kumpulan Search dianggotai oleh Zainal sebagai penyanyi, Hillary Ang sebagai pemain gitar, Nasir Daud sebagai pemain gitar bes dan Yazid Ahmad (Yazit) sebagai pemain dram. Belum sempat mendapat peluang merakam album untuk dipasarkan, Zainal meninggalkan kumpulan Search yang masih baru itu untuk membentuk kugiran baru bernama Rampa (maka nama gelaran Zainal menjadi "Zainal Rampa"). Penggantinya, Suhaimi Abdul Rahman, atau lebih dikenali sebagai "Amy", menggantikan tempat Zainal sebelum kugiran Search menandatangani kontrak rakaman pertama bersama Polygram Records di Singapura pada pertengahan 1980-an.Sebelum mereka merakamkan album , Search pernah bermain di kelab- kelab malam sekitar Kuala Lumpur antaranya Red Roster Club Kuala Lumpur . Red Roster Club telah pertemukan Search & M .Nasir 
Pada 7 April 2013, Search telah terpilih menerima Anugerah Sepanjang Hayat sempena Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 anjuran akhbar Berita Harian, Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat diberikan kepada kumpulan Search sebagai mengiktiraf sumbangan dan jasa mereka dalam bidang muzik selama 32 tahun. Dalam majlis ini hanya empat orang anggota Search ( Nasir, Kid, Din, Yazit) sahaja yang hadir menerima anugerah, manakala Amy tidak dapat hadir kerana berada di luar negara. Namun begitu, Amy telah menyampaikan ucapan menerusi rakaman video yang telah dibuat awal sebelum itu






http://ms.wikipedia.org/wiki/Search

No comments:

Post a Comment