Friday 20 March 2015

Senarai Nama Pelajar WAK120

1.    AHMAD AMIRULLAH BIN ISMAIL

2.    AHMAD FAIZAL BIN MOHD HUSIN

3.    ALEEYA ATHIRA BINTI AHMAD FAUDZI

4.    AMIRUL SYAHMIR BIN ZAINUDIN

5.     IDZHAM BIN MISPAN

6.     MOHAMAD HAFIZI BIN MUSTAPA

7.     MOHAMAD IZZUAN MIN MASRON

8.     MOHAMAD LUTFI AMIR BIN YAAKUB

9.     MIHAMMAD ALIF BIN MOHD ZAINI

10.   MOHAMMAD ASWAT BIN HAMDAN

11.   MUHAMMAD ADAM BIN ZABIDI

12.   MUHAMMAD FIRDAUS BIN MOHD ZAIN

13.   MUHAMMAD IZRIN IKMAL BIN MD NAZAR

14.   MUHAMMAD RIDZWAN BIN INDRA GUNAWAN

15.   MUHAMMAD SYAFIUL AZRIQ BIN MOKHTASAR

16.   NOORUL SHUHADA BINTI ALI

17.   NOREZATUL HANIM BINTI NORDIN

18.   NORSHAHRILIZUAN BIN MISRAN

19.   NURJAIMA BINTI AMIR

20.   NUR SYAHIRAH BINTI ZAKARIAL

21.   SYAFIQA NUR AMEERA BINTI MOHD ZAIDI

22.   UMMI KHALTOM BINTI HAMZAH




Kumpulan Estranged

Estranged ialah nama bagi sebuah kumpulan rock bebas yang berasal dari Malaysia. Kumpulan ini terdiri daripada empat orang ahli, iaitu Richael "Rich" L. Gimbang Rich, vokalis kumpulan dari Kota Kinabalu, Sabah yang pernah menyertai musim keempat Akademi Fantasia; Solihuddin "Din Hormatov" Hormat sebagai pemain gitar irama; Nor Hanafi dari Ampang sebagai pemain gitar utama; dan Azwin Andy Malik dari Petaling Jaya yang bermain dram. Dahulunya, kumpulan Estranged ada seorang lagi ahli, iaitu Ken Chung yang bermain gitar bes, tetapi beliau meninggalkan kumpulan ini bagi menumpukan kepada kerjaya barunya pada pertengahan tahun 2007.Kumpulan Estranged mula-mulanya tertumpu kepada mendendangkan muzik hard rock dan nu metal yang banyak membayangkan perasaan marah, namun selepas pengalaman Richael di AF4, barulah kumpulan ini beralih ke muzik pop-rock beremosi ceria melalui single Itu Kamu yang dinobatkan sebagai Lagu terbaik di Anugerah Juara Lagu 2007.




http://ms.wikipedia.org/wiki/Estranged

Kumpulan Lefthanded

Lefthanded mulai dikenali ramai selepas menyertai Juara Rock 1983.  Nama mereka diambil sempena pemain gitar utama mereka iaitu Man Kidal yang bermain gitar menggunakan tangan kiri.  Sebelum merakam album, mereka sudah aktif di pentas hiburan dan sering menjadi band pengiring antaranya kepada Ramli Sarip dan Rahim Maarof.Pada asalnya Rahim Maarof dan Roy (yang kini terkenal sebagai penyanyi lagu patriotik) yang menjadi penyanyi utama sehinggalah kemasukan Nash dan melahirkan album pertama Lefthanded iaitu Keadilan. Ketika ini Lefthanded terdiri dari Nash (Vokal), Man Kidal (Gitar), Samad (Gitar), Yan (Bass) & Man Dayak (Dram).Yan dan Man Kidal pula menganggotai Search dan sempat merakamkan album Search bersama berjudul Cinta Buatan Malaysia pada 1985.Apabila tempat mereka digantikan oleh Hillary Ang dan Nasir Daud yang kembali kepada Search, mereka pula kembali mengaktifkan Lefthanded dengan munculnya album sulung Keadilan pada 1986. Album itu mendapat sentuhan penerbit dan penggubah Raja Rock ternama, Ramli Sarip.Yan turut menyumbangkan suara di dalam album Seruan, pada lagu Ringan Berat.Dalam album kedua berjudul Seruan (1987), Lefthanded menambah anggota menjadi enam orang apabila Isa dari kumpulan Lizard masuk dan membawa elemen keyboard di dalam lagu Lefthanded.
Kematangan dari segi penciptaan lagu mula terserlah menerusi album 
Evolusi (1989).Selepas album Evolusi, Nash penyanyi utamanya meninggalkan Lefthanded dan digantikan buat sementara oleh penerbit album mereka sendiri iaitu Ramli Sarip.  Ramli sanggup mengambil tempat Nash kerana tidak mahu Lefthanded berkubur begitu saja. Ramli sempat merakamkan satu album berjudul Fanatisme bersama Lefthanded.
Selepas itu Yan pula meninggalkan mereka untuk menyertai semula kumpulan Search yang pernah dianggotainya dulu.
Selepas itu, penyanyi Arab masuk mengambil tempat Ramli dan cuba menghidupkan kembali Lefthanded di dalam album Nafas tetapi ketika ini Lefthanded sudah kehilangan sengatnya kerana anggota asal sudah tiada lagi dan Man Kidal pula meninggalkan mereka kerana sibuk dengan kerja-kerja rakaman antaranya Ella dan Crossfire.Pada 23 Oktober 2008, Lefthanded kehilangan pemain gitarnya, Abdul Samad Mian atau Samad, 45, yang meninggal dunia kerana sesak nafas selepas terjatuh di pejabatnya di Ampang. Selain bermain muzik, arwah pernah menjadi pensyarah di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) sejak empat tahun lalu.


http://ms.wikipedia.org/wiki/Lefthanded

Kumpulan Bloodshed

Kumpulan Bloodshed merupakan sebuah kumpulan penyanyi rock 80-an yang telah diasaskan pada tahun 1985 di Malaysia. Mereka berasal dari Kajang, Selangor.Kumpulan Bloodshed banyak menyertai pertandingan "Battle of the Bands" pada tahun 1986 dan seterusnya. Mereka antara kumpulan rock pelopor "Battle of The Bands" di Malaysia bersama-sama kumpulan SYJ, Ella and The Boys, Lefthanded dan Rahim Maarof & Whitesteel. Susulan itu mereka berjaya mengikat kontrak dengan EMI Records. Album pertama mereka berjudul "Illusi Sebuah Mimpi" terbitan M Sharif diterbitkan pada tahun 1987 dengan tema lagu-lagu berentak heavy metal.Kesinambungan kejayaan Bloodshed diteruskan pada tahun 1988 menerusi album yang kedua diterbitkan oleh M Nasir dengan judul "Samarkand". Album ini memuatkan lagu berhantu "Srikandi Cintaku" ciptaan M. Nasir dan lirik oleh Nasir Jani dan berjaya menduduki takhta Lagu Pujaan 10 Nescafe selama beberapa minggu.Setelah penerbitan album tersebut, Rosdan Baharom, iaitu penyanyi Bloodshed, berhasrat melangkah ke irama yang lebih keras lagi dan menubuhkan Kumpulan Punisher, yakni satu pancaragam thrash metal bawah tanah Malaysia.



Selepas itu Kumpulan Bloodshed menghadapi masalah mencari pengganti Rosdan sehinggalah pada tahun 1989, mereka berjaya mendapatkan Mohd Farid Ali sebagai penyanyi baru dan mereka menukar nama kumpulan kepada Kumpulan Blackshed. Selepas itu, Kumpulan Blackshed menerbitkan album terakhir mereka yang bertajuk "Villa Misteri" bersama vokalis baru yang suara seiras suara Rosdan. Lagu popular Blackshed adalah lagu "Menggenggam Bara" juga ciptaan M Nasir dan liriknya ditulis oleh Bob. Sepanjang penglibatan Bloodshed dalam industri muzik tanah air, mereka sering menggunakan karya ciptaan mereka sendiri. Mereka juga sering menggunakan khidmat M. Nasir, Man Boron, Usop, Siso dan juga Abdul Ghaffar Ibrahim (AGI).

http://ms.wikipedia.org/wiki/Kumpulan_Bloodshed

Kumpulan Exist


Kemunculan awal Exists bermula pada awal 90-an sekitar tahun 1991-1992. Exists di kala itu dikenali sebagai EXIST yang dianggotai seramai 6 orang ahli. Exist jika dirujuk kamus bermaksud ada/wujud yang mana ingin menjadikan kumpulan muzik yang terus wujud sampai bila-bila.Ahli-ahli Exists pada ketika itu ialah Mamat (vokalis, kini bergerak solo), Shah (gitar, kini bersama Slam), Along (gitar ke-2), musa (bass), Ajai (keyboard, kini penggubah terkenal) dan Ujang (drum).Pada tahun 1991 mereka telah muncul dengan album pertama mereka yang berjudul EXIST di bawah label Syarikat rakaman JOJO's Production yang berpusat di Johor Bahru. Album mereka yang pertama ini telah melonjakkan nama mereka di persada muzik tanah air apabila lagu 'Untukmu Ibu' berjaya mencuri hati peminat.Album ini juga telah mencatatkan jualan yang membanggakan dengan 250,000 unit.Kesemua ahli kumpulan Exist pada ketika itu berasal dari Johor Bahru dan purata umur mereka 14 hingga 18 tahun. Bakat mereka telah dikesan oleh JOJO's Production. Mereka mempunyai bakat dan kemahiran bermain muzik dan mencipta lagu kerana masing-masing mempunyai latar belakang asas muzik yang kukuh.Pada album kedua Exist yang berjudul Anugerah, Shah telah menarik diri dari kumpulan Exist atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Maka tinggallah 5 orang ahli di dalam kumpulan Exist. Namun mereka tetap maju ke depan apabila album ini turut menaikkan nama mereka sehinggakan syarikat rakaman BMG MUSIC telah melamar mereka untuk menjadi artis rakaman mereka. Isu itu telah menimbulkan kontroversi apabila syarikat rakaman JOJO's Production tidak memberikan restu untuk Exist keluar dari JOJO's Production.Namun akhirnya, Exist berjaya menandatangani kontrak dengan BMG MUSIC,Tetapi perpindahan Exist dari JOJO's Production ke BMG MUSIC telah menyebabkan mereka kehilangan vokalis mereka, Mamat apabila beliau tidak ingin turut serta bersama ahli kumpulan Exist yang lain.
Maka dengan itu mereka telah mengiklankan untuk mencari vokalis mereka yang baru. Setelah menguji bakat mereka yang sedia untuk diuji, maka mereka telah tertarik kepada seorang remaja yang berasal dari Kedah Darul Aman bernama
 Mohd Rohaizad bin Mohd Lazim yang lebih dikenali sebagai Ezad. Sejak dari itu, Ezad telah menjadi vokalis Exist yang baru dan telah merakamkan album pertama dengan Exist yang berjudul Diammu Gunung Berapi.Pemilihan Ezad sebagai vokalis baru Exist ternyata tidak sia-sia apabila album Diammu Gunung Berapi turut meletup sebagaimana letupnya gunung berapi apabila mencatatkan jualan yang membanggakan. Malah album yang hits dengan lagu Alasanmu turut meletup di Indonesia dengan rekod sebanyak 600,000 unit. Sejak dari itu, Ezad telah berjaya menaikkan lagi nama Exist di persada muzik tanah air.Semasa album Jangan Gentar, Exist telah menukarkan nama kepada EXISTS di mana telah menambahkan huruf S dibelakang Exist. Ini disebabkan wartawan sering kali salah menulis Exist kepada Exists dan ini turut menandakan perubahan Exists ke tahap yang lebih tinggi. Tetapi selepas album Jangan Gentar, Ajai telah keluar dari Exists untuk menumpukan kerjayanya sebagai penggubah dan jurutera muzik di salah sebuah syarikat rakaman tanah air. Pengunduran Ajai tidak melemahkan semangat Exists walaupun mereka terpaksa bergerak hanya 4 orang di dalam kumpulan.Kini Exists terus maju apabila album mereka ADA dan yang terbaru Seperti Dulu mencatatkan jualan yang membanggakan. Album ADA yang popular dengan lagu Jesnita dan Julia telah melonjakkan kembali nama Exists.





http://ms.wikipedia.org/wiki/Exists

Kumpulan XPDC

XPDC lahir dari perpecahan kumpulan Tragedy yang dianggotai oleh Mael (Vokalis), Izo (Gitaris), Man Tobey (Bassis) dan Yazid (Drum). Kumpulan Tragedy hanya sempat menyiapkan 50% proses rakamannya apabila dua orang anggotanya iaitu Yazid dan Man Tobey telah menarik diri. Yazid dan Man Tobey telah digantikan dengan Lee Space dan Zuar. Nama kumpulan Tragedy kemudian ditukarkan kepada kumpulan XPDC di atas nasihat penerbitnya J.S.Kevin. Ketika mereka mula merangkak mencipta namanya, pemain drum mereka Lee Space mengambil keputusan untuk keluar dari kumpulan ini. Tempatnya telah diganti oleh Amy bekas anggota kumpulan HANDY BLACK. Lee Space kemudian menyertai kumpulan Def Gab C. Yazid ("wak kang") yang pernah menjadi drummer XPDC kemudian menggalas tugas sebagai Pengurus kumpulan XPDC secara tidak rasmi.Kumpulan XPDC mula mencipta nama dengan lagu mengeja "C.I.N.T.A" ciptaan Z.N. Kevin dan lirik oleh J.S.Kevin. Lagu tersebut pernah ke final Juara Lagu 1990 dengan persembahan mantap XPDC.Pengunduran Mael penyanyi utamanya telah mengundang kontroversi yang paling hebat. Rata-rata peminat dan pengiat seni menjangkakan kumpulan XPDC ini akan berkubur. Namun nama XPDC masih tetap lagi bertahan dan menjadi lebih popular. Lebih uniknya album Brutal (album terakhir Mael bersama XPDC) ini telah terjual melebihi 350,000 unit satu pencapaian jualan album yang terbaik XPDC.Ketiadaan Mael memberi ruang kepada Ali (bekas penyanyi Terra Rossa).


 Amy yang mengalami kecelakaan jalanraya tidak berupaya memainkan lagu-lagu rancak lagi telah diganti sementara oleh Lola. Setahun selepas itu Lola secara rasmi menggangotai XPDC apabila Amy mengambil keputusan untuk menarik diri. XPDC dibawah pengurusan baru di bawah En Ahmad Nazri Hj Abdul Rahman bersama penyanyi utama mereka Ali,telah berjaya membina sebuah studio jamming dan latihan serta pejabat pengurusan XPDC di Taman Bukit Mewah, Kajang.Namun, setelah beberapa lama Lola pula mengundur diri daripada XPDC untuk menyertai Search kerana kecewa dengan pengurusan XPDC dan tempatnya diambil alih oleh Pae (bekas pemain dram Barongan.) Namun Lola juga tidak lama dengan Search kerana akhirnya Yazid (drummer asal Search) kembali bermain untuk Search.Pemain gitar bass XPDC Zua mengundur diri kerana ingin membawa haluannya sendiri dengan menubuhkan Viper. Percubaan ini juga tidak berjaya dan album gagal, walaupun hasrat Zua untuk merakamkan album dan menyumbangkan vokal tercapai. Yan Lefthanded menggantikan tempat Zua sebagai pemain bass bagi kumpulan XPDC. Beliau bukanlah orang baru bersama XPDC sebaliknya turut berperanan 'menghidupkan' XPDC di belakang tabir sejak album Kita Peng-Yu.Sehingga kini XPDC aktif mengadakan persembahan pentas di seluruh pelusuk tanah air. Mereka sememangnya sinonim dengan gelaran 'Raja Funfair' dimana ini merupakan satu cara bagi XPDC untuk mendekatkan diri dengan peminat-peminat di tapak-tapak ekspo seluruh negara.


http://ms.wikipedia.org/wiki/XPDC