Friday 20 March 2015

Kumpulan Exist


Kemunculan awal Exists bermula pada awal 90-an sekitar tahun 1991-1992. Exists di kala itu dikenali sebagai EXIST yang dianggotai seramai 6 orang ahli. Exist jika dirujuk kamus bermaksud ada/wujud yang mana ingin menjadikan kumpulan muzik yang terus wujud sampai bila-bila.Ahli-ahli Exists pada ketika itu ialah Mamat (vokalis, kini bergerak solo), Shah (gitar, kini bersama Slam), Along (gitar ke-2), musa (bass), Ajai (keyboard, kini penggubah terkenal) dan Ujang (drum).Pada tahun 1991 mereka telah muncul dengan album pertama mereka yang berjudul EXIST di bawah label Syarikat rakaman JOJO's Production yang berpusat di Johor Bahru. Album mereka yang pertama ini telah melonjakkan nama mereka di persada muzik tanah air apabila lagu 'Untukmu Ibu' berjaya mencuri hati peminat.Album ini juga telah mencatatkan jualan yang membanggakan dengan 250,000 unit.Kesemua ahli kumpulan Exist pada ketika itu berasal dari Johor Bahru dan purata umur mereka 14 hingga 18 tahun. Bakat mereka telah dikesan oleh JOJO's Production. Mereka mempunyai bakat dan kemahiran bermain muzik dan mencipta lagu kerana masing-masing mempunyai latar belakang asas muzik yang kukuh.Pada album kedua Exist yang berjudul Anugerah, Shah telah menarik diri dari kumpulan Exist atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Maka tinggallah 5 orang ahli di dalam kumpulan Exist. Namun mereka tetap maju ke depan apabila album ini turut menaikkan nama mereka sehinggakan syarikat rakaman BMG MUSIC telah melamar mereka untuk menjadi artis rakaman mereka. Isu itu telah menimbulkan kontroversi apabila syarikat rakaman JOJO's Production tidak memberikan restu untuk Exist keluar dari JOJO's Production.Namun akhirnya, Exist berjaya menandatangani kontrak dengan BMG MUSIC,Tetapi perpindahan Exist dari JOJO's Production ke BMG MUSIC telah menyebabkan mereka kehilangan vokalis mereka, Mamat apabila beliau tidak ingin turut serta bersama ahli kumpulan Exist yang lain.
Maka dengan itu mereka telah mengiklankan untuk mencari vokalis mereka yang baru. Setelah menguji bakat mereka yang sedia untuk diuji, maka mereka telah tertarik kepada seorang remaja yang berasal dari Kedah Darul Aman bernama
 Mohd Rohaizad bin Mohd Lazim yang lebih dikenali sebagai Ezad. Sejak dari itu, Ezad telah menjadi vokalis Exist yang baru dan telah merakamkan album pertama dengan Exist yang berjudul Diammu Gunung Berapi.Pemilihan Ezad sebagai vokalis baru Exist ternyata tidak sia-sia apabila album Diammu Gunung Berapi turut meletup sebagaimana letupnya gunung berapi apabila mencatatkan jualan yang membanggakan. Malah album yang hits dengan lagu Alasanmu turut meletup di Indonesia dengan rekod sebanyak 600,000 unit. Sejak dari itu, Ezad telah berjaya menaikkan lagi nama Exist di persada muzik tanah air.Semasa album Jangan Gentar, Exist telah menukarkan nama kepada EXISTS di mana telah menambahkan huruf S dibelakang Exist. Ini disebabkan wartawan sering kali salah menulis Exist kepada Exists dan ini turut menandakan perubahan Exists ke tahap yang lebih tinggi. Tetapi selepas album Jangan Gentar, Ajai telah keluar dari Exists untuk menumpukan kerjayanya sebagai penggubah dan jurutera muzik di salah sebuah syarikat rakaman tanah air. Pengunduran Ajai tidak melemahkan semangat Exists walaupun mereka terpaksa bergerak hanya 4 orang di dalam kumpulan.Kini Exists terus maju apabila album mereka ADA dan yang terbaru Seperti Dulu mencatatkan jualan yang membanggakan. Album ADA yang popular dengan lagu Jesnita dan Julia telah melonjakkan kembali nama Exists.





http://ms.wikipedia.org/wiki/Exists

No comments:

Post a Comment