Friday 20 March 2015

Kumpulan Lefthanded

Lefthanded mulai dikenali ramai selepas menyertai Juara Rock 1983.  Nama mereka diambil sempena pemain gitar utama mereka iaitu Man Kidal yang bermain gitar menggunakan tangan kiri.  Sebelum merakam album, mereka sudah aktif di pentas hiburan dan sering menjadi band pengiring antaranya kepada Ramli Sarip dan Rahim Maarof.Pada asalnya Rahim Maarof dan Roy (yang kini terkenal sebagai penyanyi lagu patriotik) yang menjadi penyanyi utama sehinggalah kemasukan Nash dan melahirkan album pertama Lefthanded iaitu Keadilan. Ketika ini Lefthanded terdiri dari Nash (Vokal), Man Kidal (Gitar), Samad (Gitar), Yan (Bass) & Man Dayak (Dram).Yan dan Man Kidal pula menganggotai Search dan sempat merakamkan album Search bersama berjudul Cinta Buatan Malaysia pada 1985.Apabila tempat mereka digantikan oleh Hillary Ang dan Nasir Daud yang kembali kepada Search, mereka pula kembali mengaktifkan Lefthanded dengan munculnya album sulung Keadilan pada 1986. Album itu mendapat sentuhan penerbit dan penggubah Raja Rock ternama, Ramli Sarip.Yan turut menyumbangkan suara di dalam album Seruan, pada lagu Ringan Berat.Dalam album kedua berjudul Seruan (1987), Lefthanded menambah anggota menjadi enam orang apabila Isa dari kumpulan Lizard masuk dan membawa elemen keyboard di dalam lagu Lefthanded.
Kematangan dari segi penciptaan lagu mula terserlah menerusi album 
Evolusi (1989).Selepas album Evolusi, Nash penyanyi utamanya meninggalkan Lefthanded dan digantikan buat sementara oleh penerbit album mereka sendiri iaitu Ramli Sarip.  Ramli sanggup mengambil tempat Nash kerana tidak mahu Lefthanded berkubur begitu saja. Ramli sempat merakamkan satu album berjudul Fanatisme bersama Lefthanded.
Selepas itu Yan pula meninggalkan mereka untuk menyertai semula kumpulan Search yang pernah dianggotainya dulu.
Selepas itu, penyanyi Arab masuk mengambil tempat Ramli dan cuba menghidupkan kembali Lefthanded di dalam album Nafas tetapi ketika ini Lefthanded sudah kehilangan sengatnya kerana anggota asal sudah tiada lagi dan Man Kidal pula meninggalkan mereka kerana sibuk dengan kerja-kerja rakaman antaranya Ella dan Crossfire.Pada 23 Oktober 2008, Lefthanded kehilangan pemain gitarnya, Abdul Samad Mian atau Samad, 45, yang meninggal dunia kerana sesak nafas selepas terjatuh di pejabatnya di Ampang. Selain bermain muzik, arwah pernah menjadi pensyarah di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) sejak empat tahun lalu.


http://ms.wikipedia.org/wiki/Lefthanded

No comments:

Post a Comment