Friday 20 March 2015

Senarai Nama Pelajar WAK120

1.    AHMAD AMIRULLAH BIN ISMAIL

2.    AHMAD FAIZAL BIN MOHD HUSIN

3.    ALEEYA ATHIRA BINTI AHMAD FAUDZI

4.    AMIRUL SYAHMIR BIN ZAINUDIN

5.     IDZHAM BIN MISPAN

6.     MOHAMAD HAFIZI BIN MUSTAPA

7.     MOHAMAD IZZUAN MIN MASRON

8.     MOHAMAD LUTFI AMIR BIN YAAKUB

9.     MIHAMMAD ALIF BIN MOHD ZAINI

10.   MOHAMMAD ASWAT BIN HAMDAN

11.   MUHAMMAD ADAM BIN ZABIDI

12.   MUHAMMAD FIRDAUS BIN MOHD ZAIN

13.   MUHAMMAD IZRIN IKMAL BIN MD NAZAR

14.   MUHAMMAD RIDZWAN BIN INDRA GUNAWAN

15.   MUHAMMAD SYAFIUL AZRIQ BIN MOKHTASAR

16.   NOORUL SHUHADA BINTI ALI

17.   NOREZATUL HANIM BINTI NORDIN

18.   NORSHAHRILIZUAN BIN MISRAN

19.   NURJAIMA BINTI AMIR

20.   NUR SYAHIRAH BINTI ZAKARIAL

21.   SYAFIQA NUR AMEERA BINTI MOHD ZAIDI

22.   UMMI KHALTOM BINTI HAMZAH




Kumpulan Estranged

Estranged ialah nama bagi sebuah kumpulan rock bebas yang berasal dari Malaysia. Kumpulan ini terdiri daripada empat orang ahli, iaitu Richael "Rich" L. Gimbang Rich, vokalis kumpulan dari Kota Kinabalu, Sabah yang pernah menyertai musim keempat Akademi Fantasia; Solihuddin "Din Hormatov" Hormat sebagai pemain gitar irama; Nor Hanafi dari Ampang sebagai pemain gitar utama; dan Azwin Andy Malik dari Petaling Jaya yang bermain dram. Dahulunya, kumpulan Estranged ada seorang lagi ahli, iaitu Ken Chung yang bermain gitar bes, tetapi beliau meninggalkan kumpulan ini bagi menumpukan kepada kerjaya barunya pada pertengahan tahun 2007.Kumpulan Estranged mula-mulanya tertumpu kepada mendendangkan muzik hard rock dan nu metal yang banyak membayangkan perasaan marah, namun selepas pengalaman Richael di AF4, barulah kumpulan ini beralih ke muzik pop-rock beremosi ceria melalui single Itu Kamu yang dinobatkan sebagai Lagu terbaik di Anugerah Juara Lagu 2007.




http://ms.wikipedia.org/wiki/Estranged

Kumpulan Lefthanded

Lefthanded mulai dikenali ramai selepas menyertai Juara Rock 1983.  Nama mereka diambil sempena pemain gitar utama mereka iaitu Man Kidal yang bermain gitar menggunakan tangan kiri.  Sebelum merakam album, mereka sudah aktif di pentas hiburan dan sering menjadi band pengiring antaranya kepada Ramli Sarip dan Rahim Maarof.Pada asalnya Rahim Maarof dan Roy (yang kini terkenal sebagai penyanyi lagu patriotik) yang menjadi penyanyi utama sehinggalah kemasukan Nash dan melahirkan album pertama Lefthanded iaitu Keadilan. Ketika ini Lefthanded terdiri dari Nash (Vokal), Man Kidal (Gitar), Samad (Gitar), Yan (Bass) & Man Dayak (Dram).Yan dan Man Kidal pula menganggotai Search dan sempat merakamkan album Search bersama berjudul Cinta Buatan Malaysia pada 1985.Apabila tempat mereka digantikan oleh Hillary Ang dan Nasir Daud yang kembali kepada Search, mereka pula kembali mengaktifkan Lefthanded dengan munculnya album sulung Keadilan pada 1986. Album itu mendapat sentuhan penerbit dan penggubah Raja Rock ternama, Ramli Sarip.Yan turut menyumbangkan suara di dalam album Seruan, pada lagu Ringan Berat.Dalam album kedua berjudul Seruan (1987), Lefthanded menambah anggota menjadi enam orang apabila Isa dari kumpulan Lizard masuk dan membawa elemen keyboard di dalam lagu Lefthanded.
Kematangan dari segi penciptaan lagu mula terserlah menerusi album 
Evolusi (1989).Selepas album Evolusi, Nash penyanyi utamanya meninggalkan Lefthanded dan digantikan buat sementara oleh penerbit album mereka sendiri iaitu Ramli Sarip.  Ramli sanggup mengambil tempat Nash kerana tidak mahu Lefthanded berkubur begitu saja. Ramli sempat merakamkan satu album berjudul Fanatisme bersama Lefthanded.
Selepas itu Yan pula meninggalkan mereka untuk menyertai semula kumpulan Search yang pernah dianggotainya dulu.
Selepas itu, penyanyi Arab masuk mengambil tempat Ramli dan cuba menghidupkan kembali Lefthanded di dalam album Nafas tetapi ketika ini Lefthanded sudah kehilangan sengatnya kerana anggota asal sudah tiada lagi dan Man Kidal pula meninggalkan mereka kerana sibuk dengan kerja-kerja rakaman antaranya Ella dan Crossfire.Pada 23 Oktober 2008, Lefthanded kehilangan pemain gitarnya, Abdul Samad Mian atau Samad, 45, yang meninggal dunia kerana sesak nafas selepas terjatuh di pejabatnya di Ampang. Selain bermain muzik, arwah pernah menjadi pensyarah di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) sejak empat tahun lalu.


http://ms.wikipedia.org/wiki/Lefthanded

Kumpulan Bloodshed

Kumpulan Bloodshed merupakan sebuah kumpulan penyanyi rock 80-an yang telah diasaskan pada tahun 1985 di Malaysia. Mereka berasal dari Kajang, Selangor.Kumpulan Bloodshed banyak menyertai pertandingan "Battle of the Bands" pada tahun 1986 dan seterusnya. Mereka antara kumpulan rock pelopor "Battle of The Bands" di Malaysia bersama-sama kumpulan SYJ, Ella and The Boys, Lefthanded dan Rahim Maarof & Whitesteel. Susulan itu mereka berjaya mengikat kontrak dengan EMI Records. Album pertama mereka berjudul "Illusi Sebuah Mimpi" terbitan M Sharif diterbitkan pada tahun 1987 dengan tema lagu-lagu berentak heavy metal.Kesinambungan kejayaan Bloodshed diteruskan pada tahun 1988 menerusi album yang kedua diterbitkan oleh M Nasir dengan judul "Samarkand". Album ini memuatkan lagu berhantu "Srikandi Cintaku" ciptaan M. Nasir dan lirik oleh Nasir Jani dan berjaya menduduki takhta Lagu Pujaan 10 Nescafe selama beberapa minggu.Setelah penerbitan album tersebut, Rosdan Baharom, iaitu penyanyi Bloodshed, berhasrat melangkah ke irama yang lebih keras lagi dan menubuhkan Kumpulan Punisher, yakni satu pancaragam thrash metal bawah tanah Malaysia.



Selepas itu Kumpulan Bloodshed menghadapi masalah mencari pengganti Rosdan sehinggalah pada tahun 1989, mereka berjaya mendapatkan Mohd Farid Ali sebagai penyanyi baru dan mereka menukar nama kumpulan kepada Kumpulan Blackshed. Selepas itu, Kumpulan Blackshed menerbitkan album terakhir mereka yang bertajuk "Villa Misteri" bersama vokalis baru yang suara seiras suara Rosdan. Lagu popular Blackshed adalah lagu "Menggenggam Bara" juga ciptaan M Nasir dan liriknya ditulis oleh Bob. Sepanjang penglibatan Bloodshed dalam industri muzik tanah air, mereka sering menggunakan karya ciptaan mereka sendiri. Mereka juga sering menggunakan khidmat M. Nasir, Man Boron, Usop, Siso dan juga Abdul Ghaffar Ibrahim (AGI).

http://ms.wikipedia.org/wiki/Kumpulan_Bloodshed

Kumpulan Exist


Kemunculan awal Exists bermula pada awal 90-an sekitar tahun 1991-1992. Exists di kala itu dikenali sebagai EXIST yang dianggotai seramai 6 orang ahli. Exist jika dirujuk kamus bermaksud ada/wujud yang mana ingin menjadikan kumpulan muzik yang terus wujud sampai bila-bila.Ahli-ahli Exists pada ketika itu ialah Mamat (vokalis, kini bergerak solo), Shah (gitar, kini bersama Slam), Along (gitar ke-2), musa (bass), Ajai (keyboard, kini penggubah terkenal) dan Ujang (drum).Pada tahun 1991 mereka telah muncul dengan album pertama mereka yang berjudul EXIST di bawah label Syarikat rakaman JOJO's Production yang berpusat di Johor Bahru. Album mereka yang pertama ini telah melonjakkan nama mereka di persada muzik tanah air apabila lagu 'Untukmu Ibu' berjaya mencuri hati peminat.Album ini juga telah mencatatkan jualan yang membanggakan dengan 250,000 unit.Kesemua ahli kumpulan Exist pada ketika itu berasal dari Johor Bahru dan purata umur mereka 14 hingga 18 tahun. Bakat mereka telah dikesan oleh JOJO's Production. Mereka mempunyai bakat dan kemahiran bermain muzik dan mencipta lagu kerana masing-masing mempunyai latar belakang asas muzik yang kukuh.Pada album kedua Exist yang berjudul Anugerah, Shah telah menarik diri dari kumpulan Exist atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Maka tinggallah 5 orang ahli di dalam kumpulan Exist. Namun mereka tetap maju ke depan apabila album ini turut menaikkan nama mereka sehinggakan syarikat rakaman BMG MUSIC telah melamar mereka untuk menjadi artis rakaman mereka. Isu itu telah menimbulkan kontroversi apabila syarikat rakaman JOJO's Production tidak memberikan restu untuk Exist keluar dari JOJO's Production.Namun akhirnya, Exist berjaya menandatangani kontrak dengan BMG MUSIC,Tetapi perpindahan Exist dari JOJO's Production ke BMG MUSIC telah menyebabkan mereka kehilangan vokalis mereka, Mamat apabila beliau tidak ingin turut serta bersama ahli kumpulan Exist yang lain.
Maka dengan itu mereka telah mengiklankan untuk mencari vokalis mereka yang baru. Setelah menguji bakat mereka yang sedia untuk diuji, maka mereka telah tertarik kepada seorang remaja yang berasal dari Kedah Darul Aman bernama
 Mohd Rohaizad bin Mohd Lazim yang lebih dikenali sebagai Ezad. Sejak dari itu, Ezad telah menjadi vokalis Exist yang baru dan telah merakamkan album pertama dengan Exist yang berjudul Diammu Gunung Berapi.Pemilihan Ezad sebagai vokalis baru Exist ternyata tidak sia-sia apabila album Diammu Gunung Berapi turut meletup sebagaimana letupnya gunung berapi apabila mencatatkan jualan yang membanggakan. Malah album yang hits dengan lagu Alasanmu turut meletup di Indonesia dengan rekod sebanyak 600,000 unit. Sejak dari itu, Ezad telah berjaya menaikkan lagi nama Exist di persada muzik tanah air.Semasa album Jangan Gentar, Exist telah menukarkan nama kepada EXISTS di mana telah menambahkan huruf S dibelakang Exist. Ini disebabkan wartawan sering kali salah menulis Exist kepada Exists dan ini turut menandakan perubahan Exists ke tahap yang lebih tinggi. Tetapi selepas album Jangan Gentar, Ajai telah keluar dari Exists untuk menumpukan kerjayanya sebagai penggubah dan jurutera muzik di salah sebuah syarikat rakaman tanah air. Pengunduran Ajai tidak melemahkan semangat Exists walaupun mereka terpaksa bergerak hanya 4 orang di dalam kumpulan.Kini Exists terus maju apabila album mereka ADA dan yang terbaru Seperti Dulu mencatatkan jualan yang membanggakan. Album ADA yang popular dengan lagu Jesnita dan Julia telah melonjakkan kembali nama Exists.





http://ms.wikipedia.org/wiki/Exists

Kumpulan XPDC

XPDC lahir dari perpecahan kumpulan Tragedy yang dianggotai oleh Mael (Vokalis), Izo (Gitaris), Man Tobey (Bassis) dan Yazid (Drum). Kumpulan Tragedy hanya sempat menyiapkan 50% proses rakamannya apabila dua orang anggotanya iaitu Yazid dan Man Tobey telah menarik diri. Yazid dan Man Tobey telah digantikan dengan Lee Space dan Zuar. Nama kumpulan Tragedy kemudian ditukarkan kepada kumpulan XPDC di atas nasihat penerbitnya J.S.Kevin. Ketika mereka mula merangkak mencipta namanya, pemain drum mereka Lee Space mengambil keputusan untuk keluar dari kumpulan ini. Tempatnya telah diganti oleh Amy bekas anggota kumpulan HANDY BLACK. Lee Space kemudian menyertai kumpulan Def Gab C. Yazid ("wak kang") yang pernah menjadi drummer XPDC kemudian menggalas tugas sebagai Pengurus kumpulan XPDC secara tidak rasmi.Kumpulan XPDC mula mencipta nama dengan lagu mengeja "C.I.N.T.A" ciptaan Z.N. Kevin dan lirik oleh J.S.Kevin. Lagu tersebut pernah ke final Juara Lagu 1990 dengan persembahan mantap XPDC.Pengunduran Mael penyanyi utamanya telah mengundang kontroversi yang paling hebat. Rata-rata peminat dan pengiat seni menjangkakan kumpulan XPDC ini akan berkubur. Namun nama XPDC masih tetap lagi bertahan dan menjadi lebih popular. Lebih uniknya album Brutal (album terakhir Mael bersama XPDC) ini telah terjual melebihi 350,000 unit satu pencapaian jualan album yang terbaik XPDC.Ketiadaan Mael memberi ruang kepada Ali (bekas penyanyi Terra Rossa).


 Amy yang mengalami kecelakaan jalanraya tidak berupaya memainkan lagu-lagu rancak lagi telah diganti sementara oleh Lola. Setahun selepas itu Lola secara rasmi menggangotai XPDC apabila Amy mengambil keputusan untuk menarik diri. XPDC dibawah pengurusan baru di bawah En Ahmad Nazri Hj Abdul Rahman bersama penyanyi utama mereka Ali,telah berjaya membina sebuah studio jamming dan latihan serta pejabat pengurusan XPDC di Taman Bukit Mewah, Kajang.Namun, setelah beberapa lama Lola pula mengundur diri daripada XPDC untuk menyertai Search kerana kecewa dengan pengurusan XPDC dan tempatnya diambil alih oleh Pae (bekas pemain dram Barongan.) Namun Lola juga tidak lama dengan Search kerana akhirnya Yazid (drummer asal Search) kembali bermain untuk Search.Pemain gitar bass XPDC Zua mengundur diri kerana ingin membawa haluannya sendiri dengan menubuhkan Viper. Percubaan ini juga tidak berjaya dan album gagal, walaupun hasrat Zua untuk merakamkan album dan menyumbangkan vokal tercapai. Yan Lefthanded menggantikan tempat Zua sebagai pemain bass bagi kumpulan XPDC. Beliau bukanlah orang baru bersama XPDC sebaliknya turut berperanan 'menghidupkan' XPDC di belakang tabir sejak album Kita Peng-Yu.Sehingga kini XPDC aktif mengadakan persembahan pentas di seluruh pelusuk tanah air. Mereka sememangnya sinonim dengan gelaran 'Raja Funfair' dimana ini merupakan satu cara bagi XPDC untuk mendekatkan diri dengan peminat-peminat di tapak-tapak ekspo seluruh negara.


http://ms.wikipedia.org/wiki/XPDC

Wednesday 18 March 2015

Kumpulan Sweet Charity

Kumpulan Sweet Charity sebuah kugiran yang mula ditubuhkan di Singapura pada tahun 1967 oleh anggota asalnya iaitu Ramli Sarip (Vokal),Rosli Mohalim (Lewat 70'an Gitar) Joe Salim(Gitar), Wahid Warren(Bass), Rahman Sarbani (Drum).Sweet Charity banyak mengadakan Roadshow di FunFair di seluruh Singapura dlm tahun 70an-80an,dan Sweet Charity jugalah yang mempopularkan muzik rock sehingga mereka dilabel sebagai Deep Purple dan Santana Singapura. Kebanyakkan kumpulan rock generasi baru seperti Search, Lefthanded dan lain lain yang seangkatan menjadikan lagu-lagu Sweet Charity sebagai lagu awal mereka sebelum meneroka jauh ke bidang muzik rock tanahair. Lagu-lagu seperti Kamelia, Teratai, Sejuta Wajah, Hilang Gelap Terbitlah Terang cukup memberikan kesan yang begitu mendalam terhadap industri rock yang baru menapak di rantau sini ketika itu. Menjadi masyhur di Nusantara melalui lagu Kamelia (lagu asal Ebiet G. Ade) yang telah diberi suntikan irama yang lebih 'keras' dengan suara nyaring dan serak basah Ramli Sarip.Sweet Charity juga terkenal dengan road show mereka di seluruh negara pada 1985 bersama Kumpulan Blues Gang yang ditaja oleh pengeluar kasut North Star. Walaupun membawa imej rock ala Deep Purple tetapi mereka amat kuat berpegang pada agama Islam, pernah terjadi di satu show di Ipoh , seorang promoter konsert telah menyuruh seorang budak menghantarkan arak sebagai hadiah dari promoter, tetapi alangkah terkejutnya budak itu kerana didapati ahli kumpulan Sweet Charity sedang solat @ sembahyang berjemaah sebelum konsert bermula.

Pada tahun 1986, Sweet Charity juga turut membintangi filem yang bertemakan cetak rompak iaitu filem Kembara Seniman Jalanan arahan Nasir Jani. Pada tahun yang sama,Ramli Sarip berpisah dengan kumpulan Sweet Charty dan menukar haluan menjadi penyanyi solo dengan album solonya yang pertama - RAMLI SARIP yang popular dengan lagu Panah Beracun. Anggota-anggota yang lain masih meneruskan kumpulan Sweet Charity,sehingga lahirnya sebuah album dengan menampilkan seorang penyanyi wanita bernama Zaitun,yang berjudul 'Sweet Charity '88'. Walaupun mereka telah lama tidak bersatu, tetapi pada tahun 1996,mereka telah melakukan 'reunion' dan bersama atas nama Sweet Charity dan yang paling masyhur sewaktu di Stadium Negara, KL. Tampil dengan irama rock sejati tetapi masih mengekalkan unsur-unsur kemelayuan sebagai contoh seperti lagu Bulat-Bulat,Jangan Tunggu Lama-Lama, Zakiah.

Sumber: https://www.google.com.my/webhp?sourceid=chrome-instant&ion=1&espv=2&ie=UTF-8#q=gambar+kumpulan+sweet+charity

Tuesday 17 March 2015

Kumpulan Iklim

Kumpulan Iklim ialah sebuah kumpulan pemuzik dan penyanyi yang aktif di Malaysia. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu Melayu.Kumpulan Iklim adalah merupakan kumpulan rock yang muncul pada akhir dekad 1980-an atau lebih spesifik lagi pada tahun 1989. Kumpulan ini sinonim dengan penyampaian lagu yang berirama rock perlahan (slow rock).Kumpulan Iklim bermula apabila Mohalim.Kama dan Umarul dengan ketiadaan penyanyi tetap,dengan izin Tuhan telah mendapat seorang penyanyi dengan suara yang mantap ia itu A. M. Salim Abdul Majeed di Kg Setiu pada tahun 1985 yang mana semuanya berasal dari empat anak muda Terengganu.Kumpulan Iklim telah pun mendapat pelawaan sebagai artis dari sebuah syarikat rakaman ketika itu, untuk memantapkan lagi muzik Iklim terpaksa menambah seorang lagi pemuzik ia itu Huzali berperanan sebagai pemain keyboard.Apabila siap demo tiga lagu Kumpulan Iklim terus menjaja demo setiap syarikat rakaman pada tahun 1988.Penubuhan kumpulan tersebut adalah menyahut seruan kerajaan setiap nama Kumpulan muzik dikehendaki dalam bahasa malaysia ,pada asal nama kumpulan Khatulistiwa,oleh kerana nama itu sudah pun digunapakai,jadi terpaksa dibubarkan dan buat cadangan nama lain,maka lahir lah Nama Kumpulan Iklim adalah sempena muzik Iklim berbagai corak dimainkan,ada panas,sejuk,gelora,tenang dan sebagainya dalam muzik sama lah cuaca dunia. Pada awal tahun 1989 iaitu sebelum mencipta nama, kumpulan IKLIM ini kerap mengadakan pertunjukan di kelab sosial / kelab malam dan juga beberapa undangan ekslusif serta majlis kenduri kahwin di sekitar negeri Terengganu.




Penubuhan kumpulan tersebut adalah menyahut seruan kerajaan setiap nama Kumpulan muzik dikehendaki dalam bahasa malaysia ,pada asal nama kumpulan Khatulistiwa,oleh kerana nama itu sudah pun digunapakai,jadi terpaksa dibubarkan dan buat cadangan nama lain,maka lahir lah Nama Kumpulan Iklim adalah sempena muzik Iklim berbagai corak dimainkan,ada panas,sejuk,gelora,tenang dan sebagainya dalam muzik sama lah cuaca dunia. Pada awal tahun 1989 iaitu sebelum mencipta nama, kumpulan IKLIM ini kerap mengadakan pertunjukan di kelab sosial / kelab malam dan juga beberapa undangan ekslusif serta majlis kenduri kahwin di sekitar negeri Terengganu.Pada tahun 1990, SCS Record (Suara Cipta Sempurna) yang kini dikenali sebagai Rock Record of Malaysia telah memberi kepercayaan kepada kumpulan Iklim untuk membuat rakaman album mereka yang pertama. Album tersebut berjudul: Satu Kesan Abadi

http://ms.wikipedia.org/wiki/Iklim_

Kumpulan Ukays

Kumpulan Ukays merupakan sebuah kumpulan pemuzik dan penyanyi yang aktif di Malaysia. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu Melayu.Semuanya bermula apabila kumpulan ini ditubuhkan pada tahun1989 dan diberi nama Ukay. Album pertama mereka iaitu Tinggal Irama dibawah label Varia Music dan diterbitkan pada 1991 oleh Saari Amri seorang komposer hebat Malaysia yang masih baru ketika itu. Namun vokal yang tidak mantap mengakibatkan album itu tidak mendapat sambutan dan jualannya tidak sampai 1000 keping. Kumpulan ini terumbang ambing dan pada masa yang sama syarikat Varia Music telah ditutup.





Beberapa tahun selepas itu Saari Amri membuka syarikatnya sendiri yang dikongsi bersama dengan Ridhuan Abu Bakar iaitu Mekar Production . Pada waktu itu Ukay menjadi artis pertama Mekar Production. Pada ketika itu band ini tiada penyanyi kerana rata - ratanya tidak memenuhi kehendak Saari Amri. Maka Saari telah menjemput Amir dari kumpulan Analisa menjadi vokal utama kumpulan ini. Pada waktu yang sama juga kumpulan Ukay telah di tambah huruf 's' menjadi Ukays dengan kemasukan Amir maka mereka melahirkan album bertajuk Mencari tetapi malangnya album ini juga tidak mendapat sambutan dan syarikat Mekar Production terpaksa menanggung kerugian. Album Mencari di edarkan pada 17.2.1993 dan terjual sebanyak 15, 000 unit sahaja. Penerbit Saari Amri diterbitkan oleh Mekar Production dan diedarkan oleh BMG Music Pacific.Pada tahun 1996 sekali lagi Saari Amri menerbitkan album U.K's.Kali ini album mereka dinamakan Panas Berpanjangan yang telah terjual sebanyak 175, ooo unit. Walaupun jumlah jualan lebih rendah berbanding sebelumnya ia masih memegang jualan antara yang tertinggi pada tahun itu. Lagu yang popular dari album ini ialah Permata Hati, Di Luar Kemampuanku, Sesak, Bila Diri Disanyangi, Kekasihku Di Menara dan Iramaku. Namun panas tidak berpanjangan apabila kumpulan ini sekali lagi dilanda masalah dalaman dan menyebabkan kumpulan U.K's menarik diri dari Mekar Production dan bersama dengan Ambang Klasik TV3. Namun Saari Amri berjaya memujuk Amir dan akhirnya Amir kembali kepada bimbingan Saari Amri. Manakala anggota U.K's terus bersama dengan Ambang Klasik dan menubuhkan kumpulan Utama menggunakan Rahmad Mega sebagai vokalis.






Kali ini album mereka dinamakan Panas Berpanjangan yang telah terjual sebanyak 175, ooo unit. Walaupun jumlah jualan lebih rendah berbanding sebelumnya ia masih memegang jualan antara yang tertinggi pada tahun itu. Lagu yang popular dari album ini ialah Permata Hati, Di Luar Kemampuanku, Sesak, Bila Diri Disanyangi, Kekasihku Di Menara dan Iramaku. Namun panas tidak berpanjangan apabila kumpulan ini sekali lagi dilanda masalah dalaman dan menyebabkan kumpulan U.K's menarik diri dari Mekar Production dan bersama dengan Ambang Klasik TV3. Namun Saari Amri berjaya memujuk Amir dan akhirnya Amir kembali kepada bimbingan Saari Amri. Manakala anggota U.K's terus bersama dengan Ambang Klasik dan menubuhkan kumpulan Utama menggunakan Rahmad Mega sebagai vokalis.

Kumpulan Springs



Kumpulan Spring adalah salah sebuah kumpulan pop di Malaysia yang ditubuhkan pada penghujung tahun 1980-an iaitu pada tahun 1987. Nama kumpulan yang berasal dari Terengganu ini mula berada di puncak apabila single daripada album kedua mereka yang berjudul Sampai Hati merajai carta muzik Malaysia dan Indonesia pada tahun 1993. Setelah itu Spring melahirkan lebih banyak lagu nombor satu seperti BourgeinvillaPersada CintakuButakah Cinta, dan Kita Ditakdirkan Jatuh Cinta. Menerusi 8 buah studio album dan beberapa buah kompilasi, kumpulan ini berjaya menjual lebih 500,000 unit secara keseluruhan dan menjadi salah satu dari artis Malaysia dengan jualan album terbanyak dalam sejarah. Kumpulan ini pernah meraih anugerah Kumpulan Muzik Paling Popular 1994 di Anugerah Bintang Popular Berita Harian.Bakat mereka mula dicungkil menerusi pertandingan muzik "War Rock 1" pada 1987 & "War Rock 3" pada 1989. Namun kumpulan Spring mula mencipta nama di dalam industri muzik tanah air pada awal 1990-an menerusi album pertama berjudul 

                                     



. Namun kumpulan Spring mula mencipta nama di dalam industri muzik tanah air pada awal 1990-an menerusi album pertama berjudul Spring yang mempertaruhkan lagu Sejiwa. Kumpulan Spring adalah kumpulan pop rock yang seangkatan dengan kumpulan MegaIklim &Ekamatra. Menerusi album pertama, kumpulan ini mencipta trademark tersendiri menerusi lagu-lagu cinta yang mendayu-dayu berkonsepkan pop rock, balada & kebanyakkan rakaman juga dibuat dalam bentuk akustik.Kumpulan Spring mula mendaki puncak populariti pada 1993 menerusi lagu Sampai Hati ciptaan bersama M. Nasir di mana lagu tersebut layak ke pertandingan akhir "Pujaan 10 Nescafe" dan "Anugerah Juara Lagu ke-8" dalam kategori balada. Sejak itu deretan hits seperti BourgeinvillaCempaka Di Rembulan dan Romantis meniti corong-corong radio, Kumpulan ini juga turut mempopularkan rakaman menerusi lagu lagu yang bercorak akustik seperti Butakah CintaSejujur Mana Kata Kata dan Persada Cintaku hingga memberi pengaruh kepada banyak kumpulan pop selepas mereka seperti ExistSlamUkays dan Umbrella

                                        


Fenomena itu menyebabkan mereka merakamkan kembali lagu popular yang memperkenalkan nama Spring iaitu Sejiwa di dalam versi akoustik menerusi album kompilasi Balada Gemilang. Walaupun pada pertengahan dan penghujung tahun 1990-an banyak kumpulan-kumpulan muzik baru yang muncul di industri muzik Malaysia dengan genre muzik serupa, namun kumpulan Spring masih utuh sebagai salah sebuah kumpulan muzik yang popular di Malaysia.


http://ms.wikipedia.org/wiki/Spring_%28kugiran%29

Kumpulan Mojo


MOJO merupakan sebuah kumpulan yang terdiri daripada Aweera (bekas finalis OIAM) selaku vokalis utama, penampilan istimewa komposer / penerbit ternama, Edry sebagai pemain synthesizer, Denny selaku gitaris (pemuzik undangan studio dan pentas berpengalaman), dan pemain drum, Johar (anggota kumpulan Tilu dan bekas beberapa kumpulan Indie), melengkapkan kumpulan dinamik ini.Demi untuk mengeksplorasi visi muzik masing-masing, 4 pemuzik serba berpengalaman telah bergabung untuk menubuhkan sebuah kumpulan 'Super-Band' yang mempertaruhkan konsep 'Synth-Rock' sebagai identiti.





MOJO bermaksud aura atau dalam erti kata lain adalah x-factor, sesuatu yang mempunyai daya tarikan dan teramat istimewa. Kekuatannya bukan sahaja pada nama, tetapi pada single pertama yang dipertaruhkan sebagai landasan dan langkah kanan MOJO ke arena seni muzik tanah air berjudul "Andai Ku Bercinta Lagi".Kumpulan MOJO sedang di dalam proses menghasilkan album penuh yang bakal diterbitkan sebelum penghujung tahun 2012, namun penantian itu disegerakan dahulu dengan kemunculan EP pertama MOJO yang mengandungi 3 buah lagu iaitu "Andai Ku Bercinta Lagi" ciptaan Edry, "Agar Tetap Indah" ciptaan gitaris Denny, dan "Mimpi" ciptaan pemain drum Johar. EP ini bertujuan untuk memperkenalkan konsep 'Synth-Rock' MOJO kepada peminat seni tanah air



http://ms.wikipedia.org/wiki/Mojo

Kumpulan Slam


Kumpulan Slam merupakan sebuah kumpulan pemuzik dan penyanyi yang aktif di Malaysia. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu Melayu. Slam adalah salah sebuah kumpulan lama yang telah meniti populariti dalam dunia muzik tanah air dan boleh diklasifikasikan dalam kategori `growth`, di mana mereka pernah menuju ke puncak kejayaan sebagai penyanyi berkumpulan. Nama Zamani,Shah, Man, Eddie, Lili dan Ajak tidak perlu diperkenalkan lagi kepada peminat seni suara tanahair, khususnya selepas kejayaan album kedua mereka yang berjudul `Kesan Terbukti`. Album ini telah memuatkan lagu-lagu berhantu dengan 4 lagu berada di kedudukan teratas carta Muzik Malaysia dan Indonesia seperti Tak Mungkin Berpaling dan Kembali Terjalin. Kemudian mereka terus mengorak langkah dengan lagu-lagu hits yang lain seperti Jika Kau Rasa GetarnyaRindiani dan lagu malar segarGerimis Mengundang.Kumpulan Slam diasaskan oleh Shah Nizam Abdul Halim, bekas anggota kumpulan Exist. Diatas komitmennya sendiri, Slam telah ditubuhkan pada awal tahun 1991 di Johor Bahru. Shah yang bertindak sebagai ketua kumpulan memberitahu kegagalan beliau bersama Exist pada waktu itu telah menjadi inspirasi ke arah terbentuknya Slam. Dia mengajak teman lamanya iaitu Razak Bajuri, Osman Khalid dan Lili Masrani berjuang bersama atas dasar semangat setiakawan yang utuh. Ketika ini mereka menggunakan nama Fix sebagai nama kumpulan. Mereka kemudiannya menjalankan ujibakat bagi mencari penyanyi biarpun ketika itu Fix terlebih dahulu mendapat empat orang penyanyi yang mempunyai kekuatan vokal tersendiri. Bagaimanapun jodoh Fix dengan penyanyi-penyanyi tersebut tidak panjang kerana mereka masih mencari keserasian. Mereka mempunyai perancangan masa depan yang menarik dalam industri muzik maka mereka mahukan penyanyi visi yang baik bagi mendukung wawasan mereka.



Sewaktu rakaman album pertama mereka pada 1992 telah berjalan Shah terpaksa mengetepikan vokalisnya gara-gara suara tidak mencapai tahap yang dikehendaki sewaktu mendendangkan lagi ‘Nina` ciptaan Rahim Othman. Mereka terpaksa menangguhkan pembikinan album pertama dengan membuka peluang kepada vokalis-vokalis baru yang ingin mencuba nasib dengan Slam. Ujibakat telah diuruskan bersama oleh pihak pengurusan Johan Sound Production yang kini dikenali sebagai Johan Music. Mereka akhirnya ditemukan dengan pemuda asal Keramat, Kuala Lumpur Zamani Ibrahim yang pada ketika itu berusia 22 tahun. Keunikan suaranya jelas memukau pihak pengurusan dan anggota kumpulan yang lain. Berbekalkan bakat semulajadi dan seraut wajah kekanak-kanakan, Zamani dijangka boleh membuat peminat tidak puas memandangnya.Zamani juga merupakan seorang penyanyi yang tidak pernah meninggi diri walaupun dia kini tergolong dalam kelompok vokalis terbaik tanahair. Malahan penyanyi itu mempunyai sifat malu yang cukup tebal hingga terpaksa belajar beraksi di pentas dengan ketua kumpulan mereka, Shah. Menurutnya, dia banyak belajar tentang bagaimana cara menyanyi dengan penghayatan yang baik dan tinggi.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Slam_%28kugiran%29

Kumpulan May

Kumpulan May ialah sebuah kumpulan rock yang aktif di Malaysia semenjak pertengahan dekad 1980-an. Kumpulan ini membawakan lagu-lagu berbahasa melayu.Kumpulan MAY ditubuhkan pada 1986 oleh 4 orang anak muda daripada kampung Manjoi, Ipoh, Perak yang mengikuti langkah SYJ dengan menubuhkan sebuah kumpulan muzik aliran keras. Nama MAY diambil sempena pangkal huruf nama timang-timangan keempat-empat mereka iaitu 'M' bagi nama Mus (Mustaffa Din) dan Man (Sharip), 'A' bagi Abu (Nasir) dan 'Y' bagi Yus (Mohktar).Album pertama May diterbitkan sendiri mereka pada tahun 1987 berjudul 'Dilema'. Sebelum 'Dilema', May ada merakamkan sebuah album mini 'Juara Juara Rock' yang mengabdikan enam lagu. Lagu popular bagi album tersebut ialah 'Derita Bangsa', 'Bayangan Hidup' dan Sketsa Sebuah Cinta'. Bagi album 'Dilema', lagu hits adalah 'Ku Dalam Dilema', 'Sketsa Sebuah Cinta' (lagu yang diambil dari Juara Juara Rock) dan 'Keadilan'.

Album kedua May yang berjudul 'Hakikat' adalah album yang menaikkan nama May. Album ini berjaya dijual sebanyak 200,000 unit. Lagu-lagu seperti 'Sendiri', Cintamu Mekar Dihati', 'Dari Kacamata' dan 'Hakikat Perjuangan' menjadi siulan anak-anak muda ketika itu. Lagu 'Sendiri' juga telah berjaya memasuki pertandingan akhir Juara Lagu 1989. Kumpulan May juga pernah mendapat tempat ketiga dalam pertandingan Battle Of The Band pada 1987, dan Mus berjaya meraih Vokal terbaik pada pertandingan itu.


http://ms.wikipedia.org/wiki/May_%28kugiran%29

Kumpulan Jinbara

Jinbara membuat kemunculan pertama mereka menerusi album pertama mereka yang dikeluarkan pada tahun 2001 dengan judul Pui-Aiya-Hoi. Dua tahun berikutnya, iaitu pada tahun 2003, mereka keluar lagi dengan album kedua, Shing Kuang dan diikuti oleh album Suatu Evolusi pada tahun 2005. Suatu Evolusi adalah kali terakhir penyanyi asal mereka, Yabang berada di dalam kugiran ini sebelum digantikan oleh Tiar.Album Patah Pusing (2007) oleh Jinbara edaran Warner Music mengukuhkan lagi nama Jinbara di ingatan khalayak kerana single pertama mereka, Farhana "(Puteri Bumi Kenyalang)" yang pada ketika itu kerap diputarkan di radio.Album Patah Pusing memuatkan lagu "Resah", "Farhana (Puteri Bumi Kenyalang)", "Patah Pusing", "Nilai Cinta", "Jerangkung Bernyawa" dan banyak lagi. Ia diterbitkan oleh Andi Rahman dengan Jinbara sendiri selaku penolong penerbit, album ini menjadikan persembahan pada setiap karya begitu bersahaja dan menambat jiwa. Bermula dengan lagu Farhana yang berada di trek pertama ke lagu Resah karya penuh Andi Rahman yang begitu emosi, Patah Pusing sedikit garang dalam gaya Jinbara. Sementara Cinta Semalam punya kekuatan tersendiri. Melodi dan susunan muzik karya penuh Yob ini segar, terutama pada permulaan lagu. Dan apabila masuk ke korus, vokal Tiar begitu menangkap perhatian.
http://ms.wikipedia.org/wiki/Jinbara

Kumpulan Wings

Sejarah penubuhan WINGS bermula pada sekitar tahun 1985 di Sekolah Menengah Sri Ampang di Kuala Lumpur. Di situ empat orang anak muda yang masih menuntut bergabung tenaga membentuk sebuah pancaragam sekolah. Oleh kerana terdorong dan amat meminati muzik terutama irama Rock, mereka sepakat untuk mendendangkan lagu berentak Rock'N'Roll di sepanjang persembahan mereka. Ketika itu bermulah kelahiran WINGS walaupun kumpulan ini belum mempunyai nama.Anggota asal WINGS ialah Awie, Jojet, Eddie dan Syam. Perpecahan melanda kumpulan ini apabila Jojet berhijrah ke Kumpulan Gersang dan Syam menubuhkan kumpulan baru yang diberi nama Kumpula CRK.Pada awal tahun 1987, Wings mendapat tawaran untuk merakamkan album dibawah label ASP dan nama WINGS digunakan sebagai nama kumpulan ini. Ilham penggunaan nama WINGS sebagai nama kumpulan dicetuskan Awie apabila orang ramai selalu menegurnya kerana lengannya yang berotot atau lebih tepat seperti 'sesayap' (wing). WINGS bertungkus-lumus menyiapkan album pertama mereka berjudul Belenggu Irama dengan bantuan dua anggota baru iaitu Eddie dan Black (merupakan bekas anggota asal Kumpulan Babylon) yang menggantikan tempat Jojet dan Jo selain Awie dan Syam selaku anggota asal. Pada masa itu, pengurus WINGS adalah Ali Bakar.Ketika muzik rock mula mendapat tempat, kemunculan sebuah kumpulan seperti WINGS sememangnya menghangatkan arena muzik rock tanah air. WINGS tampil dengan kelainan tersendiri dengan muzik yang dibawakan mereka cukup mantap walaupum ini adalah album pertama.Dengan susunan muzik yang baik dan vokal yang bertenaga serta dibantu penggubah terkenal seperti M.Nasir, J S Kevin, pertarungan pertama WINGS di persada seni tanah air menampakkan hasil apabila album ini mendapat sambutan menggalakkan. Walaupun mereka terpaksa berdepan dengan masalah iaitu lagu mereka tidak dibenar penyiarannya di radio dan TV oleh RTM, pencinta muzik rock tetap dapat merasai bahang 'Belenggu Irama'.

Lagu seperti 'Belenggu Irama', 'Intan Ku Kesepian' dan 'Peronda Jaket Biru' adalah antara lagu yang menjadi kegilaan remaja Malaysia ketika itu. Pihak RTM tidak memberi kelulusan penyiaran terhadap lagu WINGS atas alasan lirik, lagu dan latar belakang WINGS yang dikatakan keterlaluan dan tidak menepati syarat untuk disiarkan.
Halangan ini sedikit sebanyak menghantui diri mereka. Namun, berkat ketabahan dan sokongan rakan dan peminat yang berdiri teguh di belakang, WINGS berjaya menempuh segala dugaan dan cabaran. Album ini terjual lebih 150,000 unit.Selepas itu, populariti WINGS terus meningkat. Konsert mereka sentiasa mendapat perhatian ramai dan rata-rata peminat amat terhibur dengan persembahan WINGS yang mantap dan mempunyai identiti tersendiri.Tetapi, tidak berapa lama selepas itu pertukaran ahli berlaku dengan Sham yang sebelum ini bertindak sebagai pemain gitar menarik diri dan kekosongan ini digantikan Joe, seorang gitaris kidal belasan tahun yang sebelum itu anggota Kumpulan Rock Scandals.
Kehadiran Joe menambahkan lagi kemantapan WINGS kerana beliau sungguh kreatif dan mempunyai kemahiran yang tinggi dalam permainan gitar.WINGS berjaya mencipta populariti sebaris kumpulan - kumpulan Rock terkemuka di Malaysia seperti Search, Iklim, Lefthanded & Xpdc





http://ms.wikipedia.org/wiki/Kumpulan_Wings,_Malaysia

Kumpulan Search

Search ialah sebuah kugiran muzik yang dikenali sebagai salah sebuah pelopor muzik rock dalam bidang muzik arus perdana Malaysia semenjak dekad 1980-an. Semenjak dibentuk pada tahun 1981, kugiran ini telah menghasilkan lebih 20 album studio yang terjual laris, berpuluh-puluh lagu yang disambut hangat di corong radio, puluhan lagi konsert yang sering terjual habis tiketnya, sepanjang sejarah mencecah tiga dekad dalam industri muzik Malaysia, menjadikan mereka antara kugiran rock yang terunggul di Malaysia sepanjang tahun 1980-an dan 1990-an, sebelum kegiatan mereka sedikit sebanyak merudum pada 2000-an.
Ketika diasaskan di Johor Bahru pada tahun 1981, kumpulan Search dianggotai oleh Zainal sebagai penyanyi, Hillary Ang sebagai pemain gitar, Nasir Daud sebagai pemain gitar bes dan Yazid Ahmad (Yazit) sebagai pemain dram. Belum sempat mendapat peluang merakam album untuk dipasarkan, Zainal meninggalkan kumpulan Search yang masih baru itu untuk membentuk kugiran baru bernama Rampa (maka nama gelaran Zainal menjadi "Zainal Rampa"). Penggantinya, Suhaimi Abdul Rahman, atau lebih dikenali sebagai "Amy", menggantikan tempat Zainal sebelum kugiran Search menandatangani kontrak rakaman pertama bersama Polygram Records di Singapura pada pertengahan 1980-an.Sebelum mereka merakamkan album , Search pernah bermain di kelab- kelab malam sekitar Kuala Lumpur antaranya Red Roster Club Kuala Lumpur . Red Roster Club telah pertemukan Search & M .Nasir 
Pada 7 April 2013, Search telah terpilih menerima Anugerah Sepanjang Hayat sempena Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 anjuran akhbar Berita Harian, Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat diberikan kepada kumpulan Search sebagai mengiktiraf sumbangan dan jasa mereka dalam bidang muzik selama 32 tahun. Dalam majlis ini hanya empat orang anggota Search ( Nasir, Kid, Din, Yazit) sahaja yang hadir menerima anugerah, manakala Amy tidak dapat hadir kerana berada di luar negara. Namun begitu, Amy telah menyampaikan ucapan menerusi rakaman video yang telah dibuat awal sebelum itu






http://ms.wikipedia.org/wiki/Search