Tuesday 17 March 2015

Kumpulan Slam


Kumpulan Slam merupakan sebuah kumpulan pemuzik dan penyanyi yang aktif di Malaysia. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu Melayu. Slam adalah salah sebuah kumpulan lama yang telah meniti populariti dalam dunia muzik tanah air dan boleh diklasifikasikan dalam kategori `growth`, di mana mereka pernah menuju ke puncak kejayaan sebagai penyanyi berkumpulan. Nama Zamani,Shah, Man, Eddie, Lili dan Ajak tidak perlu diperkenalkan lagi kepada peminat seni suara tanahair, khususnya selepas kejayaan album kedua mereka yang berjudul `Kesan Terbukti`. Album ini telah memuatkan lagu-lagu berhantu dengan 4 lagu berada di kedudukan teratas carta Muzik Malaysia dan Indonesia seperti Tak Mungkin Berpaling dan Kembali Terjalin. Kemudian mereka terus mengorak langkah dengan lagu-lagu hits yang lain seperti Jika Kau Rasa GetarnyaRindiani dan lagu malar segarGerimis Mengundang.Kumpulan Slam diasaskan oleh Shah Nizam Abdul Halim, bekas anggota kumpulan Exist. Diatas komitmennya sendiri, Slam telah ditubuhkan pada awal tahun 1991 di Johor Bahru. Shah yang bertindak sebagai ketua kumpulan memberitahu kegagalan beliau bersama Exist pada waktu itu telah menjadi inspirasi ke arah terbentuknya Slam. Dia mengajak teman lamanya iaitu Razak Bajuri, Osman Khalid dan Lili Masrani berjuang bersama atas dasar semangat setiakawan yang utuh. Ketika ini mereka menggunakan nama Fix sebagai nama kumpulan. Mereka kemudiannya menjalankan ujibakat bagi mencari penyanyi biarpun ketika itu Fix terlebih dahulu mendapat empat orang penyanyi yang mempunyai kekuatan vokal tersendiri. Bagaimanapun jodoh Fix dengan penyanyi-penyanyi tersebut tidak panjang kerana mereka masih mencari keserasian. Mereka mempunyai perancangan masa depan yang menarik dalam industri muzik maka mereka mahukan penyanyi visi yang baik bagi mendukung wawasan mereka.



Sewaktu rakaman album pertama mereka pada 1992 telah berjalan Shah terpaksa mengetepikan vokalisnya gara-gara suara tidak mencapai tahap yang dikehendaki sewaktu mendendangkan lagi ‘Nina` ciptaan Rahim Othman. Mereka terpaksa menangguhkan pembikinan album pertama dengan membuka peluang kepada vokalis-vokalis baru yang ingin mencuba nasib dengan Slam. Ujibakat telah diuruskan bersama oleh pihak pengurusan Johan Sound Production yang kini dikenali sebagai Johan Music. Mereka akhirnya ditemukan dengan pemuda asal Keramat, Kuala Lumpur Zamani Ibrahim yang pada ketika itu berusia 22 tahun. Keunikan suaranya jelas memukau pihak pengurusan dan anggota kumpulan yang lain. Berbekalkan bakat semulajadi dan seraut wajah kekanak-kanakan, Zamani dijangka boleh membuat peminat tidak puas memandangnya.Zamani juga merupakan seorang penyanyi yang tidak pernah meninggi diri walaupun dia kini tergolong dalam kelompok vokalis terbaik tanahair. Malahan penyanyi itu mempunyai sifat malu yang cukup tebal hingga terpaksa belajar beraksi di pentas dengan ketua kumpulan mereka, Shah. Menurutnya, dia banyak belajar tentang bagaimana cara menyanyi dengan penghayatan yang baik dan tinggi.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Slam_%28kugiran%29

No comments:

Post a Comment